Kecantikan Kesihatan Kesempurnaan

rss

Apa Itu Hormon

Apa Itu Hormon?


Hormon adalah rembesan endokrin yang akan mengimbangkan dan mengawal atur pelbagai sistem dalam tubuh kita. Rembesan ini bertanggungjawab dalam berbagai fungsi seperti terlibat dalam ciptaan kehidupan, pembesaran, pembiakan, penuaan, emosi dan tingkahlaku.

Sebagai sumber kekuatan kehidupan dan kekuatan tenaga, adalah amat penting untuk sistem hormon ini berada di dalam keadaan yang seimbang. Jika tidak kita akan mengalami berbagai masalah kesihatan dan seterusnya akan menjejaskan kesejahteraan hidup, minda dan spiritual.

Ketidakseimbangan Hormon


Pada zaman ini dengan berkembang pesatnya masyarakat, kita terdedah dengan berbagai ancaman seperti pencemaran, bahan kimia, stres, amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, di mana semua ini boleh menggganggu keseimbangan hormon di dalam tubuh dan akan memberikan kesan yang negatif dalam jangkamasa panjang.

MASALAH KESIHATAN WANITA
YANG DISEBABKAN OLEH KETIDAKSEIMBANGAN HORMON:

Akil baligh (20 tahun)
Tumbesaran terbantut, jerawat, bahagian dada yang rata, sakit haid (senggugut)

Wanita hamil (30 tahun)
Kurang subur (sukar untuk mengandung), insomnia, kurang bertenaga, kulit kurang anjal, kedut-kedut di muka mula kelihatan, dll.

Pertengahan umur (pertengahan 40 tahun)
Payudara mengendur dan terkelepai, osteoporosis, kaki dan tangan berasa sejuk, bintik-bintik hitam (pigmentasi), artritis

Menopous (50 tahun ke atas)
Gaut, rambut gugur, berpeluh malam, perubahan emosi (mudah tersinggung perasaan, meleter), kedut-kedut kulit kelihatan ketara


MASALAH KESIHATAN LELAKI
YANG DISEBABKAN OLEH KETIDAKSEIMBANGAN HORMON:

Dari segi fisiologi
Mudah berasa letih, kaki dan tangan berasa sejuk, badan kurang bertenaga, konstipasi (sembelit), letih, kurang selera makan, berat badan menurun, sakit otot dan sendi, kekejangan

Dari segi psikologi
Kurang penumpuan, perasaan tidak menentu, bertambah sensitif, mudah marah, insomnia, murung (depresi), daya ingatan berkurangan, dll.

Prestasi seksual
Nafsu berkurangan, masalah ereksi, mati pucuk, dll.

Fungsi renal (ginjal)
Masalah pembuangan air kencing: kerap kencing, kuantiti sedikit, sukar mengawal / menahan kencing.

Fungsi kardiovascular (jantung)
Sakit kepala, peluh dingin, denyutan jantung bertambah kencang, sejuk kaki dan tangan

Gunakanlah LumiGlow® untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.


 * klik untuk besarkan gambar

No comments:

Post a Comment